Saturday 22 March 2014

Pengenalan Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Tan Sri Anthony Francis Fernandes
Kelahiran30 April 1964 (49 tahun)
Kuala LumpurMalaysia
PekerjaanKetua pegawai eksekutif / Pengarah AirAsiaBerhad dan pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi QPR Holdings Ltd / Pengasas dan bekas Ketua Pasukan Caterham F1
Nilai harta
kekayaan
 AS$ 625 juta 

Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE ; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dariMalaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekasPerdana Menteri MalaysiaTun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

No comments:

Post a Comment